Loading your location

Ejen Ali The Movie 2 Catat Sejarah, Raih Kutipan Tertinggi Dalam Sejarah Pawagam Malaysia

By AdminJune 23, 2025

Filem animasi kebanggaan negara, Ejen Ali The Movie 2 (EATM2), mencatat kejayaan luar biasa apabila meraih kutipan tertinggi dalam sejarah pawagam Malaysia bagi kategori filem animasi tempatan dan antarabangsa.

Pencapaian hebat ini tidak mungkin berlaku tanpa sokongan padu lebih 3.5 juta penonton, yang digelar sebagai "Ejen", yang terus membanjiri pawagam di seluruh negara sejak tayangan perdana filem ini.

Pihak produksi mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua peminat yang telah menjayakan misi ini, menjadikan EATM2 bukan sahaja sebuah karya hiburan, tetapi satu fenomena budaya yang membanggakan rakyat Malaysia.

Namun, misi masih belum berakhir! Para Ejen seluruh negara diajak untuk terus "unlock" fasa seterusnya dengan terus menonton dan menyokong Ejen Ali The Movie 2 yang masih ditayangkan di pawagam.

Adakah anda sudah menjadi sebahagian daripada sejarah ini? Sertai misi dan saksikan kehebatan EATM2 di layar perak sekarang!

Do you like it? Let's share it!

NOW SHOWING

Bedilan
Onslaught
Minions & Monsters
The Odyssey
Poovellaam Kettuppaar PKP
Detective Conan: Fallen Angel of the Highway

COMING SOON

SCARY MOVIE
Wake Up Dead Man: A Knives Out Mystery
Ghost Rider
Avengers: Endgame Encore
INCREDIBLES 3
Bisikan Nafsu