Magik Rompak: Ilusi, Rompakan dan Keberanian Sinema Tempatan

Adrian Teh kembali dengan sebuah eksperimen baharu selepas Reversi pada penghujung tahun lalu. Magik Rompak menampilkan gabungan genre rompakan dan silap mata, mengisahkan kumpulan Night Spark yang terdiri daripada Fariq, Wawa dan Ujang, berganding bahu dengan ahli silap mata terkenal, The Great Hadini, untuk melaksanakan sebuah misi rompakan penuh risiko.
Walaupun pada awalnya dibandingkan dengan francais Hollywood Now You See Me, hakikatnya pengaruh filem tersebut dalam Magik Rompak hanya sekitar lima peratus. Selebihnya adalah sentuhan asli dengan elemen heist tempatan yang digarap bersama ilusi silap mata.
Kekuatan Filem
-
Idea dan Plot
Jalan cerita yang unik dan menyegarkan bagi landskap filem tempatan. Gabungan rompakan dan silap mata jarang sekali dipersembahkan dengan sebegini berani. -
Persembahan Silap Mata
Lakonan Sharnaaz Ahmad sebagai Hadini cukup memukau. Beberapa adegan ilusi berjaya memberikan elemen “wow factor” yang menghidupkan naskhah ini. -
Chemistry Pelakon
Dinamika antara Wawa (Amelia Henderson) dan Ujang (Nadhir Nasar) menambah keaslian serta humor yang ringan, mencipta keseimbangan dalam penceritaan. -
Teknikal
Sinematografi dan rekaan bunyi dipersembahkan dengan baik. Penggunaan CGI sederhana tetapi kemas, menyokong visual tanpa berlebihan. -
Plot Twist
Walaupun ada yang boleh dijangka, ia masih mampu memberi kejutan kepada sebahagian penonton. -
Komedi
Elemen humor yang disampaikan para pelakon utama berjaya menceriakan suasana, tanpa menenggelamkan intipati cerita.
Kelemahan Filem
-
Dialog
Beberapa babak yang dituturkan Hadini kedengaran terlalu baku, kurang natural. -
Hubungan Karakter
Chemistry antara Hadini (Sharnaaz Ahmad) dan Fariq (Zul Ariffin) tidak sekuat yang diharapkan. -
Lakonan Zul Ariffin
Terdapat adegan tertentu yang kelihatan agak canggung, menjejaskan sedikit momentum dramatik. -
Product Placement
Walaupun singkat, penyampaian iklan dalam filem ini agak ketara. -
Jumlah Adegan Silap Mata
Tidak begitu banyak seperti yang dijangka, namun masih mencukupi untuk menghidupkan konsep filem.
Kesimpulan
Magik Rompak membawa aura seakan menonton The Experts, tetapi dengan sentuhan silap mata yang menjadikan ia lebih segar. Walaupun terdapat kekurangan, ia tetap sebuah naskhah yang menghiburkan serta membuktikan keberanian Adrian Teh dan pasukannya dalam menghasilkan sesuatu yang berbeza untuk penonton tempatan.
Secara keseluruhannya, Magik Rompak adalah filem yang layak ditonton di pawagam – penuh dengan hiburan, ilusi dan aksi yang cukup untuk membuatkan penonton merasa berbaloi.












![SEVENTEEN World Tour [NEW_] In Japan: Live Viewing SEVENTEEN World Tour [NEW_] In Japan: Live Viewing](https://www.xinemas.com/data/images/movies/2025/seventeen-world-tour-new-in-japan_290x438.webp)